Sunday 7 August 2011

21/07/2011 di UNISEL

21/07/2011 adalah antara hari yang paling meyeronokkan semasa di Unisel. Pelajar-pelajar Foundation is Science & IT telah mengadakan pelbagai aktiviti ‘outdoor’ dengan kerjasama pensyarah IT kami iaitu EN. IZWAN SHUHADAK.

Akitvit pertama kami pada hari tersebut ialah Treasure Hunt. Dalam game itu terdapat 5 check point yang harus dilalui oleh setiap kumpulan. Di setiap check point tersebut, kami akan ditanya soalan berkaitan dengan subjek IT.  Kumpulan saya, iaitu Concordia terdiri daripada 6 orang iaitu saya, Farah, Izzy, Reva, Razi, Bo.

Check point kami yang pertama adalah check point Amirul di mana kami telah berjaya menjawab soalannya. Dan kami diberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan puzzle atau tidak. Kami hampir berjaya menyelesaikan puzzle tersebut tetapi masa tidak mengizinkan. Seterusnya, Amirul memberi kami clue ke check point seterusnya.



Check point kedua kai adalah check point Rozaime. Di situ juga kami berjaya menjawab soalnnya dan tidak dikenakan apa-apa penalti.
Check point kami yang ketiga adalah check point CJ&Fida. Check point tersebut terletak di belakang perpustakaan. Kami menghabiskan banyak masa mencari check point ini kerana pada mulanya walaupun kami telah sampai di perpustakaan, tetapi kami tidak menjumpai lokasi check point itu. Kami terpaksa berlari hingga ke PP kerana menyangkakan check point itu mungkin terletak di PP. Akhirnya setelah lebih kurang 20 minit, kami berjaya tiba di check point CJ & Fida. Kami telah dapat menjawab soalan mereka dan meneruskan ke check point seterusnya iaitu checkpoint Imad.


Di check point Imad kami dikenakan penati pertama kerana tidak dapat menjawab soalannya. Kami dikehendaki bermain regu mengenai ‘famous people’. Kami berjaya meneka kesemuanya dan diberi clue ke checkpoint terakhir kami iatu check point Rasyid.

Di situ kami tidak dapat menjawab soalannya dan dikenakan penalti. Setelah selesai penalti game, kami tiba di check point markah @ check point Aisyah. Kemudian kami diberi masa untuk menunaikan solat Asar.
       Selepas itu, kami meneruskan aktiviti berkayak yang hanya untuk pelajar perempuan. Pelajar lelaki pula bermain futsal. Kami berkayak secara berpasangan.  Setelah selesai berkayak, kami dikehendaki menjawab soalan IT yang ditanya oleh AJK.  Setelah selesai aktiviti kayak dan futsal, kami diberi masa untuk pulang ke hostel sebelum aktiviti BBQ di FITM.
       Aktiviti BBQ bermula pada pukul 8.30pm. Antara makanan yang disediakan ialah BBQ chicken, coleslaw, vege mix, sosej, aiskrim dan minuman.  Pada masa yang sama, pemenang untuk aktiviti  treasure hunt juga diumumkan dan kumpulan saya mendapat tempat 4. BBQ kami berakhir pada pukul 12 malam.
       Tujuan sebenar games ini adalah untuk memberi markah kepada pelajar dalam subjek IT. Tetapi, banyak perkara lain yang telah dipelajari. Antaranya ialah betapa pentingnya kerjasama dalam sesuatu kumpulan, kepentingan menepati masa, menjalinkan persahabatan dengan semua pelajar tanpa mengambil kira apa-apa dan banyak lagi. Walaupun aktiviti ini berjalan agak lancer, namun terdapat juga beberapa aspek yang harus dipertingkatkan seperti menepati masa dan kerjasama yang baik antara semua pelajar.
       Saya benar-benar gembira dan berpuas hati dengan aktiviti ini. Saya berharap lebih banyak aktiviti outdoor seperti ini akan dianjurkan pada masa depan.







No comments:

Post a Comment