Monday 4 July 2011

Persahabatan

Persahabatan merupakan satu jenis hubungan menarik dalam kehidupan kita. Pelbagai ragam manusia yang akan kita temui sepanjang perjalanan hidup kita.
Saya mempunyai kumpulan tersendiri semasa di sekolah. Semasa darjah 6, kumpulan saya terdiri daripada 7 orang, iaitu saya sendiri, Nur Fatin, Nurul Shahidah, Wan Nur Adilah, Nurul Aini, Shafinaz dan Siti Nur Syafeena. Kami merupakan kumpulan pengawas yang terkenal di sekolah dan juga pelajar harapan  sekolah. Kami sering bersaing dalam pelajaran dan sukan. Persaingan sihat kami telah mendorong kami semua mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR. Kumpulan kami ini telah berpisah apabila kami meneruskan pelajaran di sekolah menengah yang berlainan.
Di sekolah menengah pula, saya tidak tetap dalam satu kumpulan sahaja. Saya bergaul dengan semua bangsa dan kaum. Saya juga mula bergaul dengan pelajar junior disebabkan jawatan sebagai setiausaha dan ahli jawatankuasa persatuan dan kelab di sekolah. Nur Aishah Hamadan merupakan antara kawan baik saya yang banyak menolong dalam mata pelajaran Matematik ketika saya di tingkatan 5. Kami berdua sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Selain itu, Moganaa juga merupakan salah seorang teman baik di mana saya berkongsi idea. Dia juga sering berkongsi masalah dan meluahkan perasaan dia kepada saya. Antara teman-teman lain yang rapat dengan saya ialah Mahisa dan Nur Syazleen.
Antara pelajar kelas lain yang menjadi teman baik saya walaupun sukar bersama selalu ialah Nur Zulaika, Farhanum Husna, Nuartiqah. Kami semua selalu berjumpa di perjumpaan kelab dan persatuan dan sering kali meluangkan masa bersama dengan bermain aktiviti-aktiviti sukan.
Walaupun banyak kenangan manis, terdapat juga kenangan-kenangan pahit yang agak sukar untuk dilupakan ketika di SMK Convent.
Saya juga mempunyai kawan karib yang belajar bersama saya sejak tadika. Nama dia ialah Privita Nair. Dia merupakan seorang yang periang dan disukai ramai oleh kerana sikapnya yang ramah.
Kemudian bermulalah hubungan persahabatan yang agak menarik semasa di tingkatan 6 di mana hampir satu kelas menjadi satu kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada saya, Nur Fatheen Izzati, Ong May Ling, Goh Yen Ping, Legaloshini, Sivasangkary, Vimalan, Naveethra, Shalini, Thilageswary, dan Yashinthini.
Kami sekumpulan boleh dijumpai serentak kerana kami semua sering bersama, tidak kira pada waktu rehat atau selepas sekolah. Mereka semua juga telah datang ke rumah saya semasa Hari Raya Aidilfitri dan saya juga telah ke rumah mereka semasa perayaan mereka.
Ahli kumpulan kami juga sering memberi kejutan dengan memberi hadiah secara tiba-tiba pada hari jadi ahli-ahli lain. Kami semua juga telah bekerja bersama-sama selepas STPM.
Saya berharap persahabatan saya dengan semua kawan saya akan berterusan sepanjang hayat dan menjadi memori indah kami walaupun kami semua tidak bersama sekarang.
            Demikianlah perjalanan hidup saya sehingga kini.

Keluarga dan Prinsip Hidup

Ahli keluarga saya terdiri daripada 5 orang, iaitu ayah, ibu, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kami merupakan satu keluarga yang bahagia. Kami sekeluarga sering meluangkan masa lapang dengan melancong. Antara tempat-tempat yang telah kami lawati ialah India, Singapura dan serata Malaysia.
Saya amat bersyukur kerana Allah SWT memberkati saya dengan ibu bapa yang sangat penyayang dan baik hati. Adik-beradik saya juga sangat memahami. Walaupun kami bertiga sering bergaduh, tetapi kami berdamai dengan cepat.
Saya mendoakan agar kasih sayang kami semua berkekalan sepanjang hayat dan agar kami hidup bersatu padu sentiasa. Allah SWT dan ibu bapa haruslah diutamakan dahulu. Itulah prinsip hidup saya.
Mengenai diri saya pula, saya merupakan seorang yang peramah dan rajin.  Selain itu, saya seorang yang menyayangi keluarga dan kawan-kawan. Saya sanggup menangguhkan kerja saya semata-mata untuk keluarga dan kawan-kawan baik saya.
Antara hobi saya ialah melancong dan membaca. Saya juga gemar menulis puisi, tidak kira dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Perkara-perkara yang saya benci ialah hipokrit dan pengkhianatan. Kegemaran saya ialah perbualan positif, makan, alam semula jadi, dan kesetiaan.
Pada pandangan saya, semua orang haruslah bersikap jujur dalam kehidupan masing-masing. Segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah jika setiap orang bersikap terus-terang. Allah SWT dan ibu bapa haruslah diutamakan dahulu. Itulah prinsip hidup saya.