Monday 4 July 2011

Keluarga dan Prinsip Hidup

Ahli keluarga saya terdiri daripada 5 orang, iaitu ayah, ibu, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kami merupakan satu keluarga yang bahagia. Kami sekeluarga sering meluangkan masa lapang dengan melancong. Antara tempat-tempat yang telah kami lawati ialah India, Singapura dan serata Malaysia.
Saya amat bersyukur kerana Allah SWT memberkati saya dengan ibu bapa yang sangat penyayang dan baik hati. Adik-beradik saya juga sangat memahami. Walaupun kami bertiga sering bergaduh, tetapi kami berdamai dengan cepat.
Saya mendoakan agar kasih sayang kami semua berkekalan sepanjang hayat dan agar kami hidup bersatu padu sentiasa. Allah SWT dan ibu bapa haruslah diutamakan dahulu. Itulah prinsip hidup saya.
Mengenai diri saya pula, saya merupakan seorang yang peramah dan rajin.  Selain itu, saya seorang yang menyayangi keluarga dan kawan-kawan. Saya sanggup menangguhkan kerja saya semata-mata untuk keluarga dan kawan-kawan baik saya.
Antara hobi saya ialah melancong dan membaca. Saya juga gemar menulis puisi, tidak kira dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Perkara-perkara yang saya benci ialah hipokrit dan pengkhianatan. Kegemaran saya ialah perbualan positif, makan, alam semula jadi, dan kesetiaan.
Pada pandangan saya, semua orang haruslah bersikap jujur dalam kehidupan masing-masing. Segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah jika setiap orang bersikap terus-terang. Allah SWT dan ibu bapa haruslah diutamakan dahulu. Itulah prinsip hidup saya.

No comments:

Post a Comment